
|
◆Pergilah air mata ^^
Saturday, 7 January 2012 | 02:51 | 0 Comments-pergilah air mata- berdasarkan gambar kat atas nih memag sah lah tu cover novel kan.. bukan cover komik,album or else.. oke salah satu hobi puan cadburry ni ialah bace novel.. dari 12tahun lagi mmg kaki novel.. 1st novel yang aku bace smpy xboleh lupe sampai skarang ialah andai itu takdirnya.. novel nih yang tarik minat aku ntuk jadikan membace novel tu sbgai hobi.. novel yang baru je aku habiskan ialah pergilah air mata by hanni ramsul.. cerita nih best sangat.. tapi xboleh lawan novel andai itu takdirnya .. cerita nih mmg sediyh lah.. dalam sedih ade romantik.. haish lelaki.. ego ! kalau syg cakap syg.. jgn nafikan perasaan yang ader.. info :- tajuk : pergilah air mata pengarang : Hanni Ramsul penerbit : kaki novel enterprise.. sinopsis :- Sebuah bala… sebuah malapetaka telah merantai Badrul Datuk Hamidi dan Sabrina ke alam rumah tangga. Badrul yang tidak dapat menerima kenyataan ini tegar menyakiti hati Sabrina yang tidak bersalah. Air matalah peneman setia Sabrina, di dalam sangkar emas keluarga Datuk Hamidi. Tanpa ketahuan mereka, rupa-rupanya bala tersebut adalah rancangan seseorang yang tidak senang dengan kebahagiaan Sabrina. Hiduplah Badrul dengan salah sangkanya terhadap Sabrina dan Sabrina dengan kesedihan yang tidak berpenghujung. Mujurlah Datuk Hamidi tidak mudah melatah, tetap melayan Sabrina dengan baik. Namun, lama-kelamaan benci Badrul mula berubah rindu… Sepanjang masa hanya wajah Sabrina yang melekat di ingatan, senyuman Sabrina yang menari-nari di mindanya. Tetapi, hatinya masih belum mempercayai Sabrina sepenuhnya. Masih ada syak yang melingkari sukmanya. Walaupun bencinya masih ada, perpisahan yang dipinta oleh Sabrina telah mencarik hatinya. Akan kulepaskan jua air mata ini pergi… jauh… sejauhnya… sehingga sepasang mata ini tidak mampu ingat pada hangat titisannya dahulu. Sabrina :- Noktah bahagia yang menjadi anganku, ternyata cume titik mula pada derita yang tidak bertepi. sumpah bukan ini yang aku mahu, sumpah juga, aku tidak pernah mahu membuat kau terseksa. tidak pernah mahu merobohkan bahagiamu, atas rasa bersalah, aku rela melihat kau menganyam bahagia bersamanya. namun, mengapa perlahan-lahan layananmu memberi tanda tanya dihati ini ? mungkinkah kita sama-sama berkongsi satu rasa? mungkinkah kita sudah sama-sama terpaut? ... atau mungkinkah segala yang berlaku tidak lebih hanya mainan perasaanku sendiri, mungkin kerna aku yakin, bencimu tidak mungkin berubah sayang. bencimu padaku setinggi awan yang menyapu langit... Badrul :- Memang aku benci,, memang aku tidak pernah rela dengan takdir ini. namun, kenapa tulusmu terus mengikat aku pada Ikatan yang paling aku benci ini ? mengapa hati ini penasaran setiap kali kau menagih perpisahan yang pernah aku janjikan ? cintakah ini, apabila aku tewas tiap kali memandang wajahmu ? sayangkah ini, apabila hatiku digaru resah setial kali aku cuba lari darimu ? mustahil cinta kerana cintaku sudah kusimpul mati dihati dia. Lalu, apa sebenarnya yang berlaku diantara kita ? Bagaimana cara untuk aku hapus wajahmu yang terus menemani mimpiku? Dimana noktahnya mainan perasaan ini ... p/s : seriously aku teringin nak dpat suami yang caring,manje,romantik mcm badrul ^^
|
|